Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri untuk anak yatim, ibu tunggal dan warga emas kariah Masjid An Nur Peringgit.
Penyampaian Sumbangan di sampaikan oleh Ybhg Datuk Shafari Bin Abdullah selaku Pengerusi JPKK Peringgit yang mewakili YB Datuk Hjh Kalsom Binti Noordin - Adun Pengkalan Batu. Pada awal majlis YB Datuk Hjh Kalsom sempat menyantuni dan memberi ucapan kepada pada jemputan, beliau tidak dapat bersama-sama di majlis penyampaian sumbangan kerana menghadiri majlis jemputan di tempat lain.
Semoga dengan sumbangan barangan ini ia dapat membantu para penerima untuk menyambut kehadiran bulan Syawal serta meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan gembira.