• Main
  • News

Mesyuarat Agung 2024 Masjid An Nur Peringgit Berlangsung

Mesyuarat Agung 2024 Masjid An Nur Peringgit Berlangsung

Mesyuarat Agung 2024 Masjid An Nur Peringgit berlangsung dengan lancar dengan kehadiran ahli-ahli kariah pada pagi tadi.

YB Datuk Hjh Kalsom Binti Noordin selaku Adun Pengkalan Batu juga hadir menyampaikan ucapan kepada ahli-ahli kariah dan akan cuba membantu beberapa perkara seperti permohonan tambahan tanah perkuburan, memohon sumbangan koprat untuk mendapatkan van jenazah dan menyeru kepada masyarakat di kariah Peringgit membantu menjayakan pelbagai aktiviti atau program yang diadakan.

Dalam Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam ini pelbagai maklum balas di terima demi kebaikan bersama agar Masjid tertua ini sering di kunjungi serta dapat menganjurkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada warga kariah.