• Main
  • News

Mesyuarat Jawatankuasa Masjid An Nur Peringgit Bil 6

Mesyuarat Jawatankuasa Masjid An Nur Peringgit Bil 6

Mesyuarat Jawatankuasa Masjid An Nur Peringgit Bil 6.

En. Jalil Dollah mempengerusikan mesyuarat malam ini di Balai Raya bersama Ahli Jawatankuasa bagi membincangkan aktiviti akan datang dan memperbaiki bumbung khemah yang sudah rosak.

Bumbung khemah yang sebelum ini menggunakan canvas telah rosak dan koyak kerana ia telah lama di gunakan. Ia juga termasuk batang besi khemah yang sudah berkarat. Buat masa ini pihak Masjid akan mengantikan canvas baru dan akan memohon sumbangan daripada orang perseorangan atau penaja untuk mengantikan dengan bumbung Pu Matel yang lebih baik dan tahan lasak.

Di sini pihak Masjid An Nur Peringgit mengalu-alukan sumbangan untuk membuat bumbung baru bagi mengantikan khemah yang sedia ada. Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi Pengerusi Masjid An Nur : 013-631 9595.

Infaq pembinaan ruang solat Masjid An Nur Peringgit, Semoga jasa baik Muslim dan Muslimat akan di rahmati oleh Allah SWT.