Majlis 10 Muharam 1447H yang mana di mulakan dengan Tazkirah oleh Ybhg Ustaz Muhammad Hydhi Bin Abdul Rahim dengan tajuk menyebarkan syariat Allah agar ia terus berkembang kepada generasi baru.
Selepas itu Maulud Hasraqal yang di pimpin oleh Hj. Hamzah Hassan dan di akhiri dengan menyantuni dan memberi anak-anak yatim sumbangan seramai 60 peserta dari 8 cawangan JPKK di bawah kariah Masjid An Nur.
Turut hadir pada majlis malam tadi YB Datuk Hjh Kalsom Binti Noordin selaku Adun Pengkalan Batu, Datuk Shafrie Bin Abdullah - Pengerusi JPKK Peringgit, En. Jalil Bin Dollah - Pengerusi Masjid An Nur , barisan jawatankuasa, pegawai syarak, penyumbang sumbangan dan warga kariah.